Friday, 15 February 2013

Sibuk sangatkah???

Assalammualaikum......

Apa khabar sahabat2 online diluar sana? Terlalu lama tidak membuka atau membaca di blog sendiri. Terkadang kita sebagai manusia memang tidak pernah cukup dengan apa yang ada...lebih kepada diri sendiri. Masa 24 jam yang dianugerahkan Allah S.W.T sentiasa kita rasa tidak cukup. Betapa naif nye kita dlm mengatur hidup sendiri. Bagaimana mahu mengatur hidup insan lain andai diri sendiri gagal untuk diatur.

Kita terlalu sibuk dengan urusan/ tugas seharian yang kononnya perlu sentiasa diselesaikan dengan cepat aka urgent aka a.s.a.p....sedang tanpa kita sedar kita telah mengabaikan keperluan diri sendiri, insan2 tersayang yang sentiasa berada disisi kita. Saat susah mahu pun senang...Kita juga lupa akan tuntutan kita sebagai hambaNya. Cukup ke amalan kita? Sempurnakah ibadat kita? Hanya kita dan sang Pencipta yang Maha Mengetahui...

Bukankah Allah S.W.T telah menentukan rezeki setiap hambaNya. Sedikit atau pun banyak, cepat atau pun lambat...segala-galanya telah ditentukan.

Buat sahabat2 sekalian....tegur dan ingatkanlah diri ini seandainya diri ini talah jauh dari landasan Allah S.W.T yang sebenar...diri ini selalu leka dan lalai dalam mengharungi dugaan dan cabaran dimuka bumi ini yang hanya sementara cuma.

Moga kita dapat bersua lagi dilaman maya ini. Mudah2an hari2 yang mendatang lebih baik dari hari2 kelmarin.

No comments:

Post a comment